Pages

Followers

Thursday, May 3, 2012

Hati Kuman Ku

Enrty 1st rasanya aku meluahkan hati kuman..

Ya Allah..
Terasa dihiris-hiris hati ni. Kenapa?
Rasa terhiris hati ni bila perlu memaafkan kesalahan yang sama berulang kali. Semakin berat rasanya untuk melupakannya. Orang puteh cakap, forgive and forget. Cena aku nak forget it, kalau asyik ulang benda yang sama. Bila rasa perlunya berubah akan dijentikkan dalam dirinya? Rasanya dia tak sedar kot apa yang telah dia buat. Aku ni manusia biasa yang ada hati, walaupun selama ini aku malas nak ambil pusing sangat hal ini. Alhamdulillah, sungguh pun begitu hati aku masih berfungsi dengan baik.

Dalam apa jua keadaan kita perlu ikhlaskan diri untuk memaafkan dan melupakan. Tak mudah tapi tak mustahil tambah2 aku ini jenis yang cepat melupakan perbuatan orang terhadap aku (siap leh back to normal balik). Cuma bila ianya berulang, rasa ikhlas memaafkan yang pernah terbit dulu seperti sedikit-sedikit mula menghilang. Bila kesalahan yang sama berulang, ingatan aku akan kembali pada kisah dulu,mula mengungkit kisah silam yang sepatutnya terlipat kemas sebagai kenangan.

Ya Allah..hati ini belum cukup lembut. Aku tak berniat untuk membuka aib sesiapa. Cuma mahu berkongsi. Aku rasa ramai mengalami seperti aku,memaafkan dan melupakan memang satu perkara yang senang, tapi jika ianya perlu di ulang untuk kesekian kalinya..aku kira tak semua orang mampu melakukannya. Tak selamanya kita diberi peluang,tak semua orang Allah kurniakan hidayah. Jadi jika sudah ada ruang dan peluang kenapa perlu selalu mensia-siakannya.

Hargailah untuk di hargai
Sayangailah untuk disayangi
Bantulah untuk dibantu
Kali ini aku tekadkan diri, biarlah ini titik noktah.aku tak perlu toleh ke belakang lagi dan teruskan kehidupan seperti biasa. Biarlah apa yang terjadi berlalu begitu sahaja. Tiada lagi sebab untuk aku terus seperti dulu kerana cukup2 lah diriku menjadi nian yang membakar diri untuk orang lain. Tapi ini aku tujukan untuk yang melukakan hati kuman ku sahaja, sebab aku tidak tega menjadi hati kering untuk orang lain yang tidak bersalah.

Aku maafkan kamu kerana kasih sayang aku pada kamu tiada galang gantinya, walaupun kita bukan sedarah sedaging. Cuma hatiku tidak tega untuk menjadi seperti dulu semula terhadap kamu. Harap kamu mengerti dan sekiranya kamu tau masalahnya, ubahlah sikap kamu itu. Manusia tidak semuanya sempurna. Ingatlah itu.

No comments:

Flame