Pages

Followers

Tuesday, January 3, 2012

Gunung Lang - Ipoh

ni map ke gunung lang..tak susah nk cari..especially if korang dr hiway exit Ipoh Utara..jln terus smpi jumpa kiri korang Petronas..then masuk je terus ke jln tu..terus smpi ke Gunung Lang

If dari hiway mmg leh nmpk sign kat atas ni..tak sure la korang perasan ke tak?so pas ni lau lalu hiway plus ke arah utara usha2 la erk..





Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. Pembangunan seluas 28 hektar ini melibatkan kerjasama di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Lanskap Negara pada tahun 1999. Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai. Taman Rekreasi ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Ni aku share gambar2 view kat sane erk..layan jer laa





tersangat la santek kan..ades..mmg tk puas g sini (bkn pe syiok berposing sakan)



Ni lak pic2 aku sempat snap kt sane







Ni pun aku tk masuk abis gambo..rugi la masuk abis korang tk smpi g..keh3x..korang leh bergambo dengan deer n ostrich sekali tau..aku dok cari pic aku tu tp ntah kt ner lak aku buh..



Proses pembangunan baru telah dibuat melalui pembinaan fasa kedua taman tersebut. Pelbagai usaha telah diambil bagi mengindahkan lagi Taman Rekreasi Gunung Lang, di antaranya ialah dengan menggabungkan kecantikan semulajadi serta menerapkan unsur-unsur moden dan tradisional. Di laluan utamanya di sepanjang taman tersebut terdapat pelbagai jenis bunga bougainvilleas (bunga kertas) yang berwarna-warni. Apa yang menarik, terdapat 85 spesis heliconia (sepit udang) yang diimport khas daripada negara luar.
ni la bunga heliconia @ sepit udang..bunga kertas tk yah la upload, takkan korang tk tau kan..



Tumbuh-tumbuhan berbau harum yang terdapat di sini telah memberikan aroma terapi di sepanjang laluan pejalan kaki. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah pengunjung harus menaiki bot mengelilingi tasik bekas tapak lombong tersebut sebelum tiba ke kawasan taman .

ni le bot yg akan membawa kita ke seberang..rugi lau tk gi ke seberang..view sgt la santek..pengantin baru pun suka wat outdoor kt sini..nak nek bot kena bayo RM3/person..

Tasiknya pula dipenuhi pelbagai jenis ikan selain daripada haiwan reptilia seperti cicak dan ular. Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing.

Akhir kata mmg lurve laa..tak caye?tu tgk tgn aku tuh :-)

No comments:

Flame