Pages

Followers

Thursday, January 26, 2012

Outing Dengan Family Mertua

Tahun Baru Cina yang baru ini, my incik IS ajak aku ke Bagan Serai dengan family untuk jumpa sedara mara belah ayah mentua aku..wah best sgt aku rasa sal area tu byk sgt sawah padi. Aku pun dah lama tak pegi ke tempat-tempat macam ni since aku sekolah rendah..Dulu aku selalu ikut balik rumah nenek sepupu aku di Sg Besar..Bila teringat masa tu best sangat rasa..yela mandi-manda dengan bilik air atas tapak sawah, petang2 main layang-layang, main lari-lari kat sawah n macam2 lagi laa..Bila jejak je kaki ke Bagan Serai ni terubat gak le rindu zaman kanak-kanak dulu..
Oleh kerana my incik IS dengan abg ipar aku gile mengail, maka kesempatan yang ada ni diaorang gunakan sepenuhnya utk mengail kat tali air..Maka dengan 'gagahnya' aku pun nak ikot la gak walaupun cuaca panas terik..Last2 aku n biras aku blah balik rumah Mak Ngah tinggalkan incik suami masing-masing.

Penuh bersemangat my IS siap bawa kail sendiri..siap ada umpan belalang lagi tu..hehe

Aku tersangat la suka pic ini..Ini pic biras aku.Masa ni kami baru je menyeberangi parit dgn meniti di kayu..waduh gayat siot...Ni gambar sawah padi yang tengah merimbun..Kalau buat outdoor kat sini pun mantop erkSempat gak la aku berposing dengan biras aku Kak Nonie berlatar belakang sawah padi
Kat bawah ini gambar-gambar my IS, Abg Kama (Abg Ipar) n anak-anak buah aku sedang mengail kat tali air
Ni gambar ikan yang abg ipar aku dapat..ikan baung katanya..heheheMy IS tekun menunggu ikannya timbul..hahahaPara isteri yang udah kebosanan menunggu..heheeAkhirnya balik guna my IS erk setelah aku call cakap mak nak balik..hahaha lau tak buat camtu haros tak ingat nak balik..ntah banyak ke hasil tangkapan mereka berdua..hehehe..

No comments:

Flame