Pages

Followers

Tuesday, March 6, 2012

Kapal Korek Bijih Timah - Tg Tualang

Negeri Perak ni dahulu kala memang terkenal dengan aktiviti Bijih Timah.Memang tertulis dalam buku sejarah Negara pun.tapi which part kat Perak? Sebenarnya aktiviti bijih timah ni glamour kat area Kinta..Teringat aku masa zaman kecik2 dulu selalu nampak Kapal Korek tapi penggunaannya tidaklah banyak.Zaman sekarang pula jadi tatapan untuk generasi baru je la..

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran Daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar (rumah aku), Gopeng dan Kampar.


Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar. Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management.


Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.


Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan.


Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan. Tiada bayaran dikenakan.


Layan je la gambo-gambo ni erk..aku tau korang tak penah tgk kapal korek kan?hehehe







No comments:

Flame