Pages

Followers

Saturday, January 28, 2012

My Gopeng Resort - Gopeng

Resort ini sesuai bagi mereka yang menggemari aktiviti fizikal mahupun mereka yang ingin berehat, dan lari dari kesibukan kota. Pengunjung pasti menyukai keindahan alam semulajadi di sini, selain pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.
Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti kolam renang mini, lokasi perkemahan, unggun api dan juga kafeteria untuk pengunjung. Mereka yang gemar aktiviti fizikal di sini boleh mencuba permainan seperti flying fox, trek ke dalam hutan, jelajah malam hari dan banyak lagi. Terdapat juga aktiviti kayak serta aktiviti ke Gua Tempurung. Kegiatan terkenal di sini ialah menyusuri Sungai Kampar (white wafter rafting). Berkunjunglah ke resort ini untuk mencuba pelbagai aktiviti menarik yang disediakan!

Tips

Pengangkutan disediakan dari Stesen Bas Gopeng ke My Gopeng Resort untuk harga yang bersesuaian.

Pengangkutan

Terdapat beberapa syarikat bas tempatan yang akan membawa anda ke Gopeng dari stesen bas antara bandar. Hanya beritahu pemandu bas jika anda mahu diturunkan di Stesen Bas Gopeng. Jika menggunakan kereta dari Ipoh, ambil jalan keluar Gopeng di jalan raya Utara-Selatan. Di tol Gopeng, belok ke kanan menuju ke bandar Gopeng. Lalui Gopeng, di jalan utama ini dan anda akan melihat My Gopeng Resort di sebelah kiri. Pastikan anda tidak memandu hingga sampai ke jalan bercabang.

Ni laluan masuk untuk ke sana..Jangan tak tau perjalanan ke sana amat mencabar yerk..

Ni le laluan jalan naik ke atas..1 lorong jer..seram sejuk weh nak drive..Tetiba je aku rasa cm bawak 4 x 4..Ni lak pengunjung yang hendak try white rafting kat Sg Kampar..Deorang naik lori yang disediakan..heheNi kat sekitar resort..Macam2 ada..pilih jerk
Kat sini sempat la aku naik titi gantong..seram gak sal kat bawah tu alamak air nyer deras sungguh..mmg alamat idak le aku join water rafting ni..hheheeeeheeeSenyum je my IS sal aku ckp sat g aku nak lambong dia ke dalam air tuh..leh gitu?Deme dah kena baling dari bot..heheeTempat penginapan..Villa Adeline aku terlupa nak snap..
Ni lak Air Terjun Sg Geruntum..lawa kan..
on the way nak kuar nampak lak Gaharu Tea Valley Gopeng ni..Dulu pernah masuk Majalah 3..Tapi aku tak berani nak masuk la kan coz dilarang masuk tanpa kebenaran nanti kena tembak..huhuh..lau tak mau gak nk tgk..
Hmm tau tak korang pe kepentingan Gaharu ni? setahu aku ianya digunakan secara meluas untuk menghasilkan minyak wangi..Selain itu ni la kelebihannya..
Satu kilogram terasnya boleh mencecah 17 ribu Ringgit.
Digunakan secara meluas dalam industri pembuatan minyak wangi, namun, khasiat gaharu tidak hanya terhad di situ.Dari akar hingga ke pucuk, tumbuhan ini banyak gunanya.Tumbuhan dengan nama saintifik, Aquilaria ini turut dikenali sebagai depu.Potensi yang ada mendorong sebuah syarikat di Gopeng, Perak, melabur jutaan Ringgit membuka ladang tumbuhan ini.
Terletak di Kampung Sungai Itik, Ladang Gaharu Technologies ini, mempunyai lebih 20 ribu pokok gaharu.LIM MENG WAI / PENGURUS PEMASARAN GAHARU TECHNOLOGIES6 bulan dia punya harga boleh sampai seribu ke atas lagi jika 18 tahun punya pokok ke atas dia punya harga boleh beli satu banglo.Lazimnya gaharu ditebang selepas lima tahun.
Daun diproses menjadi serbuk minuman.Akar, batang serta rantingnya pula dijadikan ramuan ubat herba.Buah gaharu juga ada gunanya.LIM MENG WAI / PENGURUS PEMASARAN
Buah ini dia sudah dapat dianalisis untuk prevent itu kanser lagi ubat di proses paling baik org yang sudah menghadapi kencing manis.Namun paling berharga, teras gaharu yang mendapat permintaan tinggi dalam industri minyak wangi.Di pasaran, harganya antara 1,700 Ringgit hingga 17 ribu Ringgit sekilogram, bergantung kepada usia.Jadi, tidak hairanlah hutan negara sering diceroboh warga asing yang mahu mendapatkan gaharu.
p/s : Patot la dilarang masuk nanti kena tembak erk..mahal betoi harga pokok gaharu ni..apsal la orang kita tak teroka awal2 yer..

No comments:

Flame